Jumaat, 13 Julai 2012

A talk 'bout Love..

A talk 'bout Love..


Pernahkah anda jatuh cinta hingga dunia

ibarat syurga? racun diminum menjadi penawar?

bumi dipijak bagai terawang-awangan?

Pernahkan pula anda putus cinta hingga dunia

serasa bagai ceruk neraka? (berapa orang dah

tahu neraka macamana?dah berapa kali pergi? )

Menyedut udara bagai terasa bagai kaca halus

menghiris dada? Setiap aturan langkah,

longlai bagai ada belenggu yang merantai

segenap sendi tubuh..?? berapa orang antara

anda?

Sebab itulah, mencintai diri sendiri adalah

lebih utama dari mencintai orang lain...

Cintai diri, anda akan cintai Pencipta,

Rasulnya, Ibu bapa... Cintai diri, nescaya

anda takkan memusnahkan diri dengan mengikut

telunjuk nafsu dan keinginan yang tak surut-

surut pasangnya..

Bagi aku.. CINTA itu satu pengalaman manis

biar apapun pengakhirnya.. cinta yang sejati

tak semestinya bersatu.. cinta sejati tak

semestinya memiliki.. cinta sejati adalah

membahagiakan yang dicintai.. membenarkan ia

pergi bila tiba masa ia pergi..kerana, kadang

kadang manusia terlupa yang sebenarnya, tiada

yang pernah dan akan kekal melainkan

Penciptanya..

Bagi aku juga...PUTUS CINTA itu satu

pengalaman yang mengujakan...bagai satu

tamparan ke pipi sekuat beberapa ribu

Newton!! Sakitnya tak daya ditanggung,tapi ia

mengembalikan minda sedar kita yang telah

lama ditakluk minda BAWAH SEDAR yang

bertopengkan perkataan "CINTA". WAhh..betapa

bertuah pada yang pernah merasakan pengalaman

ini..Seterusnya,yang tinggal pada kita adalah

KEKUATAN JIWA dan PENGALAMAN.. Itu adalah

bekal terbesar yang boleh dibawa untuk

mematangkan kita..oleh itu,andai kamu putus

cinta, berterima kasihlah pada pemutus

cintamu kerana telah menjadi guru percuma

hidup kamu..


Cerita ini akan bersambung lagi..mengenai

kisah aku sendiri..itupun kalau ada

followers...terima kasih atas kesudian anda

membaca... kita kawan,takmau lawan..

1 ulasan: