Jumaat, 13 Julai 2012

A talk 'bout Love..

A talk 'bout Love..


Pernahkah anda jatuh cinta hingga dunia

ibarat syurga? racun diminum menjadi penawar?

bumi dipijak bagai terawang-awangan?

Pernahkan pula anda putus cinta hingga dunia

serasa bagai ceruk neraka? (berapa orang dah

tahu neraka macamana?dah berapa kali pergi? )

Menyedut udara bagai terasa bagai kaca halus

menghiris dada? Setiap aturan langkah,

longlai bagai ada belenggu yang merantai

segenap sendi tubuh..?? berapa orang antara

anda?

Sebab itulah, mencintai diri sendiri adalah

lebih utama dari mencintai orang lain...

Cintai diri, anda akan cintai Pencipta,

Rasulnya, Ibu bapa... Cintai diri, nescaya

anda takkan memusnahkan diri dengan mengikut

telunjuk nafsu dan keinginan yang tak surut-

surut pasangnya..

Bagi aku.. CINTA itu satu pengalaman manis

biar apapun pengakhirnya.. cinta yang sejati

tak semestinya bersatu.. cinta sejati tak

semestinya memiliki.. cinta sejati adalah

membahagiakan yang dicintai.. membenarkan ia

pergi bila tiba masa ia pergi..kerana, kadang

kadang manusia terlupa yang sebenarnya, tiada

yang pernah dan akan kekal melainkan

Penciptanya..

Bagi aku juga...PUTUS CINTA itu satu

pengalaman yang mengujakan...bagai satu

tamparan ke pipi sekuat beberapa ribu

Newton!! Sakitnya tak daya ditanggung,tapi ia

mengembalikan minda sedar kita yang telah

lama ditakluk minda BAWAH SEDAR yang

bertopengkan perkataan "CINTA". WAhh..betapa

bertuah pada yang pernah merasakan pengalaman

ini..Seterusnya,yang tinggal pada kita adalah

KEKUATAN JIWA dan PENGALAMAN.. Itu adalah

bekal terbesar yang boleh dibawa untuk

mematangkan kita..oleh itu,andai kamu putus

cinta, berterima kasihlah pada pemutus

cintamu kerana telah menjadi guru percuma

hidup kamu..


Cerita ini akan bersambung lagi..mengenai

kisah aku sendiri..itupun kalau ada

followers...terima kasih atas kesudian anda

membaca... kita kawan,takmau lawan..

Selasa, 18 Mei 2010

Bagaimana melupakan seseorang ? (chapter 1)

Salam Sejahtera, salam satu malaysia..

terima kasih pada anda yang sudi mengikuti blog ini walau terlalu jarang aku dapat kongsikan sesuatu di ruang ini..Hinggalah ada seorang sahabat aku bertanya..BAGAIMANA NAK LUPAKAN SESEORANG? ceritanyer...sahabat aku ni muda lagi..baru 20..tapi dah terjebak dgn cinta tak kesampaian..akhirnya penasaran.. kisahnya, masa orang tu berpisah dengannya tak rasa ape-ape.. tapi bila nampak si dia dengan teman baru, tu yang jadi masalah.. tak tidur malam jadinya..
hmm..sekali dengar, macam takde ape..biasalah..anda pun pernah merasa agaknya? tak ramai antara kita ni cinta pertamanya adalah cinta terakhirnya..kalau ada..bertuah sangat lah tu..tapi, sahabat ni dah berminggu-minggu duk tanya benda yang sama,hmm..mcm dah kronik je..bab hati dan perasaan ni jangan diduga..mat-mat rempit yang mati atas jalan tu ramai jugak yang putus cinta..bila rasa hidup tak berharga, nyawa pun macam dapat percuma..aku tahu, kawan aku dulu ada yang macam tu..
opss..to my sahabat..sabar dulu..cerita ni belum abess..baru chapter 1 yer..sampai jumpe lagi..pada yang ada petua, idea atau ape2 saje pasal topik ni, harap boleh kita kongsi sesama..kawan2 tak mahu lawan..terimas..

Selasa, 16 Mac 2010

Selamat Datang Ke Dunia Blog!!

Hi semua..

Akhirnya di petang hening dan panas 17 Mac 2010 aku berjaya memblogkan diri atas desakan adik-beradikku yg dah ada blog..aku tak tahu lagipun macamana gaya blog aku ni..ada ke orang nak baca kisah hidup orang lain? terutama kisah hidup aku? soalan nye jugak..perlu ke kisah hidup kita di kongsi dengan orang lain? Tapi itulah, zaman dah berubah..pelbagai cara untuk kita meluahkan ape yang tersurat dan ape yang tersirat..mencari makrifat..

ape pun, terima kasih pada yang sudi membaca pengenalan aku ini..semoga kita kawan-kawan tak mau jadi lawan..terimas....